Monday, March 22, 2010

Bacalah...

Buku ini saya beli di KLIBF 2010 Sabtu lalu. Pergi ke Book Fair setiap tahun memang sudah menjadi acara tahunan family saya. Dan selalunya kami akan shopping sakan buku pada masa inilah. Kan ada banyak diskaun.. Saya sendiri shopping 7 buah buku,haih kopak duit, tapi xpe, demi ilmu, saya GEMBIRA=)

Ini saja nak review sikit buku diatas tu,buku pertama saya baca dari 7 buku yang saya beli.Memang dah lama nak baca buku ni yang dengar dari sahabat2 kata sangat best dan bestseller.Ye, sangat bagus, sarat dengan ilmu. Buku kedua yang akan saya baca dari 7 buku tadi semestinya sambungan buku ini,
Aku Terima Nikahnya 2: Bercinta Sampai Ke Syurga!

Kawan mengusik saya bila melihatkan saya membeli buku-buku ini:
"Ai,ada apa-apa ke beli buku ni?"


Saya balas:

"Tak ada apa-apa.. Ni
Ilmu. Ilmu. Ilmu..."

Saya mula baca buku ini Ahad malam. Setelah hampir setengah buku saya baca, saya berkira-kira untuk tidur. Malangnya mata jadi semakin segar. Maka saya sambung bacaan dan akhirnya tertidur dengan buku ini..Arghh ... Esoknya tengahari lepas habis kelas cepat-cepat nak balik bilik sebab nak sambung baca lagilah. Itulah antara nikmat membaca.Alhamdulillah!


AKU TERIMA NIKAHNYA
adalah terjemahan nas al-Quran dan al-Sunnah serta psikologi manusia, yang dipersembahkan dengan wajah santai, demi memberi ruang untuk pembaca membaca dengan maksud berikut:

“… menulis bukan untuk memberi TAHU, tetapi ingin mencetus MAHU, agar bergerak menuju MAMPU. Pencerahan bukanlah pada mengumpulkan pengetahuan, tetapi kejayaan menyuluh jalan kembara insan mencari Tuhan!”


Secara dasar, Aku Terima Nikahnya(ATN) adalah catatan nasihat dan pengalaman peribadi Ustaz Hasrizal. Saya cukup kagum dengan penyampaian Ustaz yang saya rasa tak sakit hati, sakit otak atau pening kepala untuk saya cernakan. Bahasa yang mudah, cukup membuatkan saya sekarang lebih memahami hikmah dalam beragama.
Walaupun hampir semua artikel di dalam ATN itu telah saya baca, namun ia tidak pernah menjemukan.

ATN memberi pesan bagaimana seharusnya konsep perkahwinan itu perlu difahami oleh mereka yang berhajat kepadanya. Ia satu konsep yang teramat penting dalam pembentukan peribadi dan perilaku seorang Muslim - kalau tidak masakan Rasulullah SAW berpesan bahawa perkahwinan itu adalah pelengkap separuh daripada keimanan kita kepada Allah?

Dalam ATN juga ia menuntut kesefahaman, keterbukaan, saling menyokong antara satu Muslim dengan Muslim lain demi menempa satu maksud yang maha mulia - Mencari dan menuju keredhaan Allah SWT. Rasa syukur dipanjatkan apabila Allah masih mahu mendidik saya supaya saya lebih bersedia apabila tiba masanya nanti.

ATN bagi saya adalah satu madrasah yang boleh mendidik manusia bagaimana untuk memperelokkan muamalat sesama insan, yang terhias bersama adab-adab yang manis. Bajailah kehidupan kita dengan penuh kemurnian dan kesempurnaan Islam .Yang lebih penting, madrasah tadi berupaya melahirkan graduan-graduan cemerlang di dunia dan di akhirat.Insyaallah..

Ha, kan saya dah kata, pembacaan buku ini tersangat larut dengan emosi?

4 comments:

  1. yep setuju setuju..nk pinjam? =P

    ReplyDelete
  2. Ambil je la kak,mesti baca!Tp yg penting letak balik kt tempatnya ye...=)

    ReplyDelete
  3. sambungan atn 2 blum sempat dibaca..
    gotta read somedays.

    zuno,truskan update bku2 yg bmanfaat yek :)

    ReplyDelete
  4. Wa,buku tu aku rasa mcm lebih kpd parenting la plak..mabe 'somedays' tu nnt sgt ssuai la utk dibaca.hehe..

    ReplyDelete

Comment! Coz i'll learn from yours:)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin