Monday, September 21, 2009

Pergi Tak Kembali...


Salam 3 Syawal...
Seorang lagi bapa saudaraku telah menyambut paggilan Ilahi di
Hospital Kota Bharu kerana sakit jangkitan kuman di hati pada 0340 pagi tadi..

Ayah Zik..

Kau tekun membawa isu kesedaran Islam tiap ketika
Ucapan, ceramah, tayangan semuanya dilakukan
Lakonan sketsa digarap
Alunan lembut suaramu menghiasi ruang keluarga
senyuman tulus yang tiada pengantara

Ayah Zik... Sedetik dahulu ayah berada di antara kami
Kini, ayah di barisan insan2 mulia di darjat tertinggi
Ayah tinggalkan kami tanpa kami tahu nasib kami lagi..
Pergilah.. demi mendapatkan cinta agungMu
Ruhmu sentiasa wangi semerbak
Mengingatkan kami tanggungjawab kami semua

Walaupun ku tahu Ayah Zik tidak mungkin dapat membaca luahan kasih ini
tapi ku percaya insan2 yang membaca luahan ini akan turut mendoakan kesejahteraan mu, Ayah Zik,di sana..Innalilliwainnailahirajiun...

Mari kita tuntun diri kita ke jalan yang diredhai...
Kita bawa seberapa ramai yang mungkin...

Manatahu ia boleh menyebabkan kita terpilih menjadi
Imam-imam mukmineen ...
sesudah kita mati....

No comments:

Post a Comment

Comment! Coz i'll learn from yours:)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin