Wednesday, June 22, 2011

.traumatic.

Assalamualaikum wbt..

Kesian sangat kat Enong.. ( baca: sini )

Masa baca Padang Bulan, baca part yang ni terimbau kisah sendiri.

Nostalgia 2003: TRAUMA DIKELILINGI ANJING!
Tagline post yang sangat menggerunkan, kan?

Alkisah~ Akibat tak pernah ikhlas ke Kelas Kemahiran Al-Quran (KKQ) masa Form1 dulu, betul-betul bagi pengajaran.

Sebab aku kelas KAA, jadi wajib ambil kelas KKQ, alahai, kalau kelas arab memang aku suka tapi
kalau kelas yang satu ini, agak malas. Kesian Ustaz Rohan, dapat murid macam ni. Entah macam mana hari tu terlambat ke kelas yang mula pukul 10.30 pagi, pukul 10.40 baru gerak dari rumah kut. Disebabkan pelajar sesi pagi sedang belajar (baca:Form1 and Form2 sesi petang), jadi semua pagar selain main entrance tutuplah, jadi nak tak nak terpaksa berjalan jauh sedikit untuk ke pintu hadapan (baca: rumah aku dekat dengan pintu belakang). Untuk ke main entrance tu ada tiga routes; satu semak belakang rumah orang, satu lagi padang sekolah, satu lagi yang agak jauh sekali jalan depan rumah-rumah orang.

Disebabkan tak mahu selisih dengan pelajar pagi yang ponteng sekolah dalam semak, dan tak nak route yang paling jauh tu, pilih untuk jalan di padang sekolah (baca:ramai dah pesan kat sini jangan jalan alone, coz ada 'penunggunya') tapi tegar aku tawakal sahaja. Confident semedang..

Tapi nasib betul-betul tak menyebelahi aku hari tu, tak sampai separuh padang aku tempuh, berpinar mata tengok dengan lajunya ada lebih kurang 6@7 ekor anjing datang. Allah.. Andenaline aku time tu naik memuncak. Eardrums aku pun rasa nak terkeluar dengan salakan anjing tu semua. Kata orang kalau jumpa anjing jangan bergerak, aku pun ikut. Aku keras kat tengah dikelilingi dogs yang terjelir-jelir tu semua macam 'air batu' tapi Allah je tahu heart beat rate aku time tu mengatasi
rekod Mercedes CLS Brabus Rocket (366 km) tuan-tuan.. Pipi aku lencun dengan silent tears, bahu nak terhinjut-hinjut pun tertahan-tahan, takut. Lupa nak mention, aku sudah siap mengucap kalimah syahadah awal-awal lagi ya. Macam-macam ayat yang aku tahu dah aku baca. Andai aku 'pergi' disitu, aku harap sangat at least family akan jumpa baju dan beg sekolah aku di atas padang tu.. T_T

Hampir 10 minit aku terpacak tegak kalah tiang bendera kat situ, rupa-rupanya Allah masih sayang aku.. Alhamdulillah masa tu dekat basketball
court dalam sekolah (baca:area agak dekat dengan kawasan kejadian) budak-budak basket terdengar anjing-anjing yang tengah menyalak ni. Mereka pun dapatkan bantuan, panggil ramai-ramai siap dengan pakcik tukang kebun sekali. Alhamdulillah.. Amazingly.. Anjing-anjing tu tau pula takut, maybe sebab manusia yang kejar dia lagi ramai siap pakcik tu bawa cangkul.

Time tu aku bersyukur sangat. Syukur with the very big huge 'S'! Tapi trauma
with the very big huge 'T' pun come forward after that! After rescued dan ditenangkan oleh pakcik tu aku pun berjalan ke kelas. Datang lambat, semua orang pandang, maybe sebab muka aku pun ketara dengan kesan air mata. Then lepas kelas Ustaz Rohan end, clan aku pun tanya kenapa, sekali lagi air mata ni tummmpaaaahh..
Ada orang kata kalau dikejar anjing baca ayat ini. (baca:Tahu selepas kejadian)
p.s : Sampai sekarang aku alergic dengan anjing, though dia jauh lagi, aku akan selalu ambil langkah berjaga-jaga.

No comments:

Post a Comment

Comment! Coz i'll learn from yours:)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin