Astaghfirullahal 'azim.. Ini teguran untuk diri sendiri.
Masakan tidak, dalam macam2 sambutan dalam bulan Mei ini, yang satu ini yang sepatutnya WAJIB diambil peduli hampir terlupa untuk di buat post. Apa nak jadi..
Tarikh 15 Mei adalah sejarah penting bagi seluruh warga dunia. Pada setiap tahun rakyat Palestin mengingati tarikh tersebut di mana mereka telah ditimpa satu tragedi yang tidak ada tolok bandingnya dalam sejarah kemanusiaan. Mereka diusir keluar dari tanah air mereka setelah ribuan rakyat Palestin dibunuh dengan kejam dan ratusan kampung dan pekan dimusnahkan oleh pengganas-pengganas Zionis. Adalah amat mendukacitakan apabila tragedi kemanusiaan yang dahsyat ini berlaku pada tahun yang sama di mana Deklarasi Hak Asasi Manusia disepakati dan menjadi sebahagian dari Piagam PBB. Sebaik sahaja Deklarasi ini diluluskan, bangsa Palestin menjadi mangsa pelanggaran hak asasi yang pertama! Deklarasi hanya tinggal di atas kertas!
Ini suatu peristiwa yang jarang2 kita(saya guna KITA sebab nak KITA semua sedar) sambut adalah peristiwa memperingati pengusiran rakyat Palestin daripada buminya sendiri yang telah berlaku sejak 63 tahun yang lalu. Peristiwa tersebut dikenali sebagai HARI NAKBAH. "Nakba Day" atau يوم النكبة, bererti “hari Bencana” ialah hari ilham daripada hero kita; Allahyarham Yasser Arafat. Ketika Israel melakukan Pengusiran dan perebutan Tanah dan Rumah terhadap Warga Palestin yang menyebabkan sekitar 700 000 rakyat Palestin(saudara KITA itu) yang menjadi pelarian.
Brothers, sisters.. Nak pengetahuan yang lebih WAJIB baca kat sini dan sini lagi atau kat mana2 lah sites yang berkaitan. "Kita patut berasa malu dengan warga Palestin.."
Inbox emel saya dan yahoo! group penuh dengan seruan untuk turun padang sama2 ikut KONVOI NAKBAH this Saturday starting from Masjid Wilayah Persekutuan dan akan menuju ke Masjid Negeri, Shah Alam.
Sincerely, i wanna join this since konvoi bersejarah ini, bagi menyemarakkan lagi semangat : Memperkasa Ummah, Membebaskan Al-Aqsa! Tapi.. Macam biasalah,masalah transportation. Susah lah tak ada kereta sendiri..
Dah tengok tentatif program. Penuh dengan program penaik semangat dan pembangun jiwa sehari suntuk mula dari Subuh sampai selepas 'Isyak. Memang tak ada masa untuk lagho pun. Sangat bagus.. Mesti highlight here: Program last malam tu ada live performance from Mu'adz&Friends.. Haila,haila,haila...
So here, bagi sesiapa yang berkelapangan dan berkemampuan lets kobarkan semangat dengan menyertai KONVOI PEMBEBASAN PALESTIN 2011 anjuran Aqsa Syarif Pusat, Aqsa Syarif Selangor dan Aqsa Syarif Wilayah Persekutuan. Apa2 further inquiries just hit or SMS Rose Jazimah Abdul Jalil (0146319191) and Syed Radzi Syed Sakkaf (0133909001) or E-Mail: konvoipembebasanpalestin@gmail.com and u guys can also get borang pendaftaran konvoi di sini: http://bit.ly/konvoinakbah.
Allahuakbar 3x!
21.5.2011, Kuala Lumpur dan Shah Alam akan di langgar todak Konvoi Palestina Aqsa Syarif !!

No comments:
Post a Comment
Comment! Coz i'll learn from yours:)